Selasa, 13 November 2012

Masalah Penguasaan Kemahiran Mendengar

a) Kekeliruan dalam membezakan bunyi

    Murid-murid tidak dapat menentukan persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar dan    
    seterusnya memberikan makna kepada apa yang didengar. Jadi, mereka tidak akan  
    memahami makna sebenar yang terkandung dalam perkataan atau ayat.

b) Kelemahan memahami apa yang didengar

    Pertuturan dengan perkataan dan ayat yang sesuai seperti menggunakan penanda wacana 
    membolehkan murid memahami apa yang disampaikan. Murid yang cekap akan 
    mengaitkan apa yang didengar dan seterusnya bertindak terhadap pertuturan tersebut.

c) Tidak cekap memproses maklumat

    Pendengar yang aktif bukan saja mendegar tetapi juga perlu memberi reaksi terhadap 
    apa yang didengar. Sesuatu maklumat yang didengar itu diproses dan dikembangkan atau 
    disimpan untuk diguna semula.

d) Kelajuan dalam pertuturan

    Pertuturan yang laju menimbulkan masalah kepada murid. Mereka tidak dapat 
    membezakan antara perkataan dan bunyi bahasa.

e) Gaya pertuturan

    Bahasa yang dituturkan mengikut sebutan, tekanan, intonasi dan gaya bahasa dialek 
    boleh menimbulkan masalah kepada murid. Dalam menjalankan pengajaran dan 
    pembelajaran, sebutan baku haruslah digunakan.












4 ulasan: